ADN

Tangani kesesakan lalu lintas tumpuan ADN Bukit Antarabangsa

10 Mac 2025, 5:18 AM
Tangani kesesakan lalu lintas tumpuan ADN Bukit Antarabangsa
Tangani kesesakan lalu lintas tumpuan ADN Bukit Antarabangsa

SHAH ALAM, 10 MAC: Isu kesesakan lalu lintas di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa ketika waktu puncak menjadi tumpuan untuk diselesaikan tahun ini.

Wakil rakyatnya Mohd Kamri Kamaruddin berkata pihaknya memberi keutamaan bagi penguraian trafik di laluan Ukay Perdana dan Bukit Antarabangsa menghala ke Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

“Hasil pertemuan saya dengan Ketua Polis Daerah Ampang (ACP Mohd Azam Ismail), anggota polis trafik akan ditempatkan ke kawasan ini untuk mengawal aliran trafik ketika waktu ibu bapa hantar anak mereka ke sekolah.

“Untuk langkah jangka panjang, konsensi Jalan Lingkaran Tengah 2 (NKVE) bersetuju membina ram (laluan penghubung) yang dijangka siap dalam enam bulan dan mengurangkan 30 peratus kesesakan,” katanya kepada Media Selangor.

[caption id="attachment_598501" align="alignnone" width="781"] Tangkap layar video menunjukkan ADN Bukit Antarabangsa Kamri Kamaruddin mengawal kesesakan trafik di Bukit Utama yang menjadi tumpuan orang ramai yang berkunjung ke Panorama Bukit Antarabangsa pada 13 Ogos 2023. Foto Facebook Mohd Kamri Kamaruddin[/caption]

Ditanya mengenai harapan pada 2025, beliau yang juga timbalan speaker Dewan Negeri Selangor berkeyakinan dan mahu prestasi ekonomi di bawah pentadbiran Dato’ Menteri Besar terus melonjak.

“Alhamdulillah di bawah pimpinan Dato’ Sri Amirudin Shari, pencapaian dan hasil ekonomi Selangor lebih baik banding negeri lain.

“Saya juga berharap melalui dasar-dasar kebajikan yang telah dirangka negeri akan terus membawa kemakmuran kepada rakyat,” ujarnya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619