AGENDA

Anggota polis maut motosikal bertembung lori

10 Mac 2025, 12:53 AM
Anggota polis maut motosikal bertembung lori

SEREMBAN, 10 MAC: Anggota polis lelaki maut selepas motosikal ditungganginya bertembung dengan lori di di KM 9 Jalan Gemencheh-Batang Melaka, dekat sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Tampin Supt Amiruddien Sariman berkata dalam kejadian 7 malam itu, mangsa berusia 33 tahun yang bertugas di Balai Polis Tanjung Ipoh, Kuala Pilah meninggal dunia di lokasi akibat parah di kepala.

“Siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal Yamaha Y15ZR dalam perjalanan dari Simpang Renggam, Johor menuju ke Kuarters Balai Polis Tanjung Ipoh.

“Mangsa dipercayai cuba memotong sebuah kenderaan di hadapannya sebelum bertembung dengan sebuah lori jenis Hino dipandu lelaki berusia 32 tahun dari arah bertentangan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Tampin untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil ke Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin atau menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Nurul Afiqah Aqwa Haslan di talian 06-4412502 bagi membantu siasatan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619