AGENDA

KPT pantau rapat keadaan pelajar kemalangan di Jordan

9 Mac 2025, 1:07 PM
KPT pantau rapat keadaan pelajar kemalangan di Jordan

GEORGE TOWN, 9 MAC: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang memantau rapi keadaan empat pelajar yang terlibat dalam kemalangan di Jordan, kata Menterinya Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Zambry berkata beliau juga telah mendapat laporan awal mengenai empat pelajar itu dengan tiga daripadanya dalam keadaan stabil manakala seorang lagi memerlukan perhatian rapi kerana mengalami kecederaan parah.

"Pihak Education Malaysia Jordan (EMJ) telah maklumkan (keadaan mereka) malah pihak EMJ kita sedang melihat sendiri dan memantau keadaan mereka yang terlibat dalam kemalangan itu.

"Mereka akan memaklumkan kepada kita (KPT) dari masa ke semasa dan saya akan maklumkan nanti dari masa ke semasa tentang keadaan mereka," katanya kepada pemberita di sini malam ini.

Zambry yang ditemui selepas menghadiri Kembara Ramadan KPT 2025 di Universiti Sains Malaysia (USM) di sini hari ini, turut mendoakan kesemua mereka selamat dan kembali sihat.

Terdahulu, media melaporkan empat pelajar Malaysia yang sedang menuntut di Universiti Mu’tah, Jordan, mengalami kecederaan selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di negara itu, Jumaat lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor Mohd Fared Mohd Khaled memaklumkan dua daripada pelajar terbabit berasal dari Johor dan merupakan pelajar tahun pertama dalam bidang Fiqh Wa Usul di universiti itu.

- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619