AGENDA

Ugut bapa saudara isu kebun durian, lelaki ditahan polis

9 Mac 2025, 12:17 PM
Ugut bapa saudara isu kebun durian, lelaki ditahan polis

BALIK PULAU, 9 MAC: Seorang lelaki ditahan selepas didakwa mengugut untuk mencederakan bapa saudaranya berhubung pertikaian pajakan kebun durian.

Suspek berusia 38 tahun itu ditahan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya di tepi jalan Lintang Sungai Burung 1 menerusi Op Cantas, hari ini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya ACP Sazalee Adam berkata berdasarkan laporan, pengadu mendakwa telah menerima ugutan daripada suspek yang dihantar menerusi pesanan suara di aplikasi WhatsApp.

“Suspek dikatakan mengancam untuk mencederakan pengadu sekiranya dia pergi ke kebun durian berkenaan.

“Berdasarkan siasatan awal, punca kejadian adalah kerana isu tunggakan sewa pajakan berjumlah RM12,500, yang kemudian membawa kepada pertikaian selepas kebun tersebut dipajak kepada pihak lain dengan nilai RM100,000 untuk tempoh lima tahun,” katanya di sini, hari ini.

Sazalee berkata dalam operasi itu polis turut merampas sebuah telefon bimbit dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619