ADN

Ramadan: RM226,000 untuk surau, keluarga kurang mampu Taman Templer

9 Mac 2025, 9:11 AM
Ramadan: RM226,000 untuk surau, keluarga kurang mampu Taman Templer

SHAH ALAM, 9 MAC: Sejumlah RM226,000 diperuntukkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Templer sempena Ramadan dan Aidilfitri tahun ini.

Wakil rakyatnya Anfaal Saari berkata jumlah itu melibatkan sumbangan Ihya Ramadan berjumlah RM96,000 untuk diagih kepada 39 institusi agama termasuk empat masjid.

“Sempena Aidilfitri juga, kita agihkan 650 baucar bernilai RM200 kepada keluarga berpendapatan rendah, yang keseluruhannya berjumlah RM130,000.

“Pemberian baucar dibuat pada 22 Mac depan di pasar raya Sri Ternak. Ini memudahkan penerima membeli keperluan dan kelengkapan raya,” katanya kepada Media Selangor.

Sempena Aidilfitri ini, sebanyak 36,350 baucar bernilai RM200 yang melibatkan peruntukan lebih RM7.2 juta bakal diagih kepada keluarga berpendapatan rendah negeri ini.

Jumlah itu merupakan sebahagian daripada RM12 juta yang disediakan bagi membantu keluarga kurang mampu untuk menyambut perayaan utama termasuk Tahun Baharu Cina dan Deepavali.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619