AGENDA

Mangsa banjir di Sabah meningkat, lebih 1,700 berlindung di PPS takat 8 pagi

9 Mac 2025, 2:35 AM
Mangsa banjir di Sabah meningkat, lebih 1,700 berlindung di PPS takat 8 pagi

KOTA KINABALU, 9 MAC: Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di negeri ini terus meningkat kepada 1,748 orang daripada 570 keluarga setakat 8 pagi ini, berbanding 1,010 orang daripada 325 keluarga pada 8 malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan hari ini memaklumkan Keningau dan Sook merupakan daerah terbaharu dilanda banjir.

Menurut kenyataan itu 133 orang daripada 50 keluarga dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Keningau, manakala 130 orang daripada 40 keluarga dipindahkan ke sebuah PPS di Sook.

Beaufort kekal daerah teramai dipindahkan iaitu 780 orang daripada 249 keluarga dipindahkan ke dua PPS, dan 705 orang daripada 231 keluarga dipindahkan ke sebuah PPS di Membakut.

“Sebanyak 24 kampung terjejas, masing-masing 10 di Beaufort dan Membakut, serta masing-masing dua di Keningau dan Sook. Trend pemindahan mangsa di Beaufort adalah kekal, manakala di daerah lain meningkat,” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619