AGENDA

Mercun, bunga api bernilai RM90,000 dirampas, lelaki ditahan

8 Mac 2025, 9:34 AM
Mercun, bunga api bernilai RM90,000 dirampas, lelaki ditahan

KUALA TERENGGANU, 8 MAC: Seorang lelaki ditahan kerana memiliki mercun dan bunga api dianggar bernilai RM90,000 di sebuah rumah di Taman Bestari, Kuala Nerus semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata lelaki berusia 35 tahun itu ditahan dalam serbuan 3 petang.

"Pemeriksaan dijalankan anggota Bahagian Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu menemukan 247 kotak mengandungi pelbagai mercun dan bunga api di rumah itu.

"Lelaki terbabit mengaku terlibat dalam perniagaan mercun, tetapi tidak pernah memiliki lesen atau mendapat permohonan daripada polis," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata lelaki itu yang memiliki enam rekod lampau berkaitan dadah mengaku membeli bekalan daripada pembekal di Selangor, Selasa lalu.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619