AGENSI

69 anak yatim, asnaf gembira beli-belah pakaian raya tajaan KDEBWM

8 Mac 2025, 7:00 AM
69 anak yatim, asnaf gembira beli-belah pakaian raya tajaan KDEBWM
69 anak yatim, asnaf gembira beli-belah pakaian raya tajaan KDEBWM
69 anak yatim, asnaf gembira beli-belah pakaian raya tajaan KDEBWM

SHAH ALAM, 8 MAC: Seramai 69 anak yatim dan asnaf dari tiga pertubuhan kebajikan di Klang ceria apabila dibawa membeli persalinan lengkap Hari Raya Aidilfitri di Jakel Seksyen 7, di sini hari ini yang ditaja KDEB Waste Management (KDEBWM).

Sempena program ‘Santun Kasih Lebaran’, 32 penerima dari Persatuan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Al-Munirah; 26 orang Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Ulin Nuha dan 11 orang dari Rumah Kebajikan Haneen Firdous.

Salah seorang penerima Nur Madihah Qistina Mohamad Termizi, 16, berkata dia dan adiknya Muhammad Anas Jaszly Zakwan, 14, gembira kerana hampir setiap tahun menerima baju raya.

[caption id="attachment_690538" align="alignleft" width="444"] Nur Madihah Qistina Mohamad Termizi, 16 ditemui media ketika Program santun kasih lebaran KDEB West Management 2025 bersama pertubuhan kebajikan anak yatim Ulin Nuha, Anak yatim dan miskin Al Munirah Malaysia dan Pusat Jagaan Haneen Firdous di Jakel Shah Alam pada 8 Mac 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]

Dia dan adiknya kini ditempatkan di Persatuan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Al-Munirah sejak tiga tahun lalu selepas kematian ayah akibat serangan jantung dan bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kebun.

“Alhamdulillah, terima kasih kepada penyumbang termasuk pihak KDEBWM yang sangat pemurah memberi ruang kepada kami untuk memilih sendiri pakaian raya tahun ini.

“Selepas ayah meninggal dunia, kehilangan memang terasa dan raya kami sambut secara sederhana sahaja. Sebelum ini ayahlah antara individu yang bersemangat untuk cari kelengkapan raya buat kami sekeluarga,” katanya.

Sementara itu, seorang asnaf Nur Habibah Abdullah, 17, dari Rumah Kebajikan Haneen Firdous turut meluahkan kegembiraan dan berharap inisiatif tersebut diteruskan.

“Terima kasih KDEBWM, semoga program ini berterusan dan lebih ramai orang kurang berkemampuan dibantu selepas ini,” kata anak bongsu dari enam beradik.

[caption id="attachment_690540" align="alignright" width="457"] Pengurus Besar Kanan KDEBWM
Ahmad Rizal Mohd Daud ditemui media ketika Program santun kasih lebaran KDEB West Management 2025 bersama pertubuhan kebajikan anak yatim Ulin Nuha, Anak yatim dan miskin Al Munirah Malaysia dan Pusat Jagaan Haneen Firdous di Jakel Shah Alam pada 8 Mac 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]

Terdahulu, Pengurus Besar Kanan KDEBWM Ahmad Rizal Mohd Daud berkata sejumlah RM15,000 diperuntuk bagi menjalankan program ‘Santun Kasih Lebaran’ termasuk pemberian duit raya kepada anak yatim dan asnaf.

“Program tahun kedua bersama Jakel ini bertujuan meraikan anak-anak yatim dan asnaf di Selangor selain memberi keceriaan kepada mereka dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

“Insya-Allah, jika diberi peluang kita akan bekerjasama lagi dengan Jakel dan menambah lagi jumlah bilangan asnaf serta anak yatim untuk membeli kelengkapan raya,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619