SELANGOR

Sultan berkenan solat Jumaat di Masjid Seksyen 7 Shah Alam

7 Mac 2025, 7:59 AM
Sultan berkenan solat Jumaat di Masjid Seksyen 7 Shah Alam
Sultan berkenan solat Jumaat di Masjid Seksyen 7 Shah Alam

SHAH ALAM, 7 MAC: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Seksyen 7, di sini hari ini.

Keberangkatan tiba Baginda pada jam 12.15 tengah hari disambut Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin.

Turut berangkat, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.

[caption id="attachment_690388" align="alignnone" width="840"] DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bersama DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah bersalaman dengan orang ramai ketika berkenan berangkat ke solat Jumaat bersama rakyat di Masjid Seksyen 7, Shah Alam pada 7 Mac 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

Hadir sama EXCO Agama Islam Dr Mohammad Fahmi Ngah, EXCO Sukan Mohd Najwan Halimi, EXCO Kemajuan Desa Datuk Rizam Ismail, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor Datuk Salehuddin Saidin dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor Dato’ Mohd Shahzihan Ahmad.

Solat Jumaat pimpiman Ustaz Muhammad Faaiz dihadiri kira-kira 2,000 jemaah.

Usai solat, Sultan Sharafuddin berkenan meluangkan masa bersalaman dengan jemaah yang hadir.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619