AGENDA

Tujuh laluan baharu van transit Rapid Bus di KL, Selangor

6 Mac 2025, 12:05 PM
Tujuh laluan baharu van transit Rapid Bus di KL, Selangor

KUALA LUMPUR, 6 MAC: Pengendali perkhidmatan bas Rapid KL dan bas perantara MRT, Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) akan melancarkan tujuh laluan baharu melibatkan 18 van bagi perkhidmatan Rapid KL On-Demand bermula Isnin ini.

Laluan itu merangkumi UNITEN-Bangi, LRT Wangsa Maju-Sri Rampai, Titiwangsa-Chow Kit, Bandar Kinrara-Jalan Puchong, Taman OUG-Kuchai Lama, Bukit Antarabangsa-Setiawangsa dan Taman Melati-Gombak Setia.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus Ku Jamil Zakaria berkata sejak perkhidmatan On-Demand diperkenalkan pada 2023, sebanyak 19 laluan telah beroperasi.

Beliau berkata menjelang Jun ini, lebih banyak laluan akan diperkenalkan secara berperingkat, seiring dengan penerimaan van baharu bagi memudahkan perjalanan pengguna.

Perkhidmatan Rapid KL On-Demand menawarkan jaminan tempat duduk dengan tempahan dibuat menggunakan aplikasi Mobi, Trek Rides atau Kummute (mengikut kawasan) dari 6 pagi hingga 11.30 malam.

Menurut Rapid Bus, tambang promosi RM1 dilanjutkan untuk memberi peluang kepada orang ramai menikmati perkhidmatan itu.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619