AGENDA

Bank Negara kekal kadar OPR 3.00 peratus

6 Mac 2025, 8:08 AM
Bank Negara kekal kadar OPR 3.00 peratus

KUALA LUMPUR, 6 MAC: Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) membuat keputusan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00 peratus, selaras dengan unjuran pasaran.

Ini adalah kali ke-11 bank pusat mengekalkan OPR pada paras berkenaan sejak Mei 2023.

Keputusan mengekalkan kadar penanda aras bagi kadar pinjaman dan deposit di negara ini itu diputuskan pada mesyuarat kedua MPC BNM bagi tahun ini yang diadakan pada 6 dan 7 Mac 2025.

BNM berkata, pada tahap OPR semasa, pendirian dasar monetari terus menyokong ekonomi dan adalah konsisten dengan penilaian semasa tentang prospek inflasi dan pertumbuhan.

"MPC terus memantau perkembangan semasa bagi memaklumkan penilaian prospek inflasi dan pertumbuhan. MPC akan memastikan pendirian dasar monetari kekal kondusif untuk pertumbuhan ekonomi yang mampan dalam keadaan harga yang stabil," katanya dalam kenyataan hari ini, lapor Berita Harian.

BNM berkata, inflasi keseluruhan dan inflasi teras masing-masing berada pada 1.7 dan 1.8 peratus pada Januari 2025, dengan kadar setahun penuh 2025 dijangka kekal terkawal berikutan keadaan kos global yang semakin reda serta ketiadaan tekanan permintaan dalam negeri yang berlebihan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619