AGENDA

Kajian: Aktiviti gempa bumi mungkin dipengaruhi haba matahari

6 Mac 2025, 12:04 AM
Kajian: Aktiviti gempa bumi mungkin dipengaruhi haba matahari

ISTANBUL, 6 MAC: Haba daripada matahari mungkin memainkan peranan dalam aktiviti gempa bumi di Bumi, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik kajian baharu yang diterbitkan pada Selasa dalam jurnal sains Chaos.

Penyelidik dari Universiti Tsukuba Jepun dan Institut Sains dan Teknologi Perindustrian Lanjutan Kebangsaan mendapati, haba matahari mencetuskan perubahan dalam suhu atmosfera, yang boleh mempengaruhi sifat batuan dan pergerakan air bawah tanah.

Turun naik sedemikian, sebagai contoh, boleh menjadikan batuan lebih rapuh dan terdedah kepada keretakan, manakala perubahan dalam hujan dan pencairan salji boleh mengubah tekanan pada sempadan plat tektonik, kata pengarang Matheus Henrique Junqueira Saldanha.

"Walaupun semua faktor ini mungkin bukan pemacu utama gempa bumi, ia masih boleh memainkan peranan yang boleh membantu meramalkan aktiviti seismik," kata Saldanha.

Penyelidik menggunakan model matematik pada data gempa bumi, aktiviti matahari dan suhu permukaan, menemui fakta yang menggabungkan suhu permukaan dapat meningkatkan ketepatan ramalan, terutamanya untuk gempa bumi cetek.

"Itu masuk akal kerana haba dan air kebanyakannya mempengaruhi lapisan atas kerak Bumi," kata Saldanha.

"Ia adalah sesuatu yang menarik dan kami berharap kajian kami memberi sedikit pencerahan tentang gambaran yang lebih besar tentang apa yang mencetuskan gempa bumi," kata Saldanha.

-BERNAMA-ANADOLU

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619