AGENDA

Anwar: Majlis Tindakan Malaysia Madani forum bincang dasar, kecekapan perkhidmatan

5 Mac 2025, 7:58 AM
Anwar: Majlis Tindakan Malaysia Madani forum bincang dasar, kecekapan perkhidmatan

KUALA LUMPUR, 5 MAC: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Malaysia MADANI (MTMM) yang pertama bagi tahun 2025, yang berperanan menetapkan dasar serta hala tuju pelaksanaan agenda Malaysia MADANI.

Anwar berkata MTMM merupakan forum tertinggi yang membincangkan pelbagai isu berkaitan pelaksanaan dasar kerajaan, selain membuat keputusan berhubung pengukuhan serta penambahbaikan dalam tadbir urus Kerajaan MADANI.

“Pelbagai perkara telah dibincangkan bersama ahli Majlis, berkenaan pengukuhan dan penambahbaikan dalam tadbir urus Kerajaan MADANI, yang menitikberatkan kecekapan dalam penyampaian perkhidmatan kepada rakyat,” kata beliau dalam hantaran di Facebook.

Anwar berkata sebarang usul dan keputusan yang dibuat dalam MTMM akan disusuli dengan tindakan lanjut oleh Pasukan Petugas Khas Reformasi Agensi (STAR), yang diketuai Ketua Setiausaha Negara.

“Saya percaya, koordinasi yang tersusun dalam kalangan agensi kerajaan akan memastikan matlamat yang disasarkan akan tercapai dan mendatangkan hasil dengan lebih efisien,” katanya.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619