EXCO

Selangor hulur RM10,000 bantu asnaf, tampung kos baiki masjid di Sekinchan

5 Mac 2025, 5:00 AM
Selangor hulur RM10,000 bantu asnaf, tampung kos baiki masjid di Sekinchan

SHAH ALAM, 5 MAC : Seramai 40 asnaf dan 100 kanak-kanak sekitar Sekinchan menerima sumbangan wang tunai RM5,000 menerusi program Kembara Masjid 2.0 di Sabak Bernam hari ini.

EXCO Hal Ehwal Agama Islam Dr Mohammad Fahmi Ngah berkata daripada jumlah itu setiap asnaf menerima RM100 manakala wang saku RM10 untuk setiap kanak-kanak.

"Kita turut menyalur bantuan RM5,000 kepada masjid bagi pembinaan laluan berbumbung antara ruang masjid dan tandas.

"Kita berharap sumbangan ini sedikit sebanyak meringankan beban penerima sekali gus memberi keselesaan kepada jemaah untuk beribadat," katanya kepada SelangorKini.

Terdahulu, Dr Mohammad Fahmi menyerahkan sumbangan berkenaan selepas solat Subuh di Masjid As-Siraj, Batu 23, Sungai Nibong di Sabak Bernam.

Ditanya sama ada program berkenaan dijalankan di daerah lain, Dr Mohammad Fahmi berkata ia bakal diteruskan ke daerah Hulu Selangor dan Petaling sepanjang Ramadan ini.

"Program Kembara Masjid bertujuan untuk menyantuni kariah selain menggalakkan anak muda ke masjid dan melihat sendiri masalah infrastruktur yang boleh diselesaikan.

"Jumlah sumbangan adalah berbeza, setakat ini kita belum tetapkan kerana ia bergantung kepada lokasi yang dituju," katanya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619