AGENDA

Lelaki disyaki pengedar dadah ditahan di Hulu Selangor

4 Mac 2025, 1:15 PM
Lelaki disyaki pengedar dadah ditahan di Hulu Selangor

KUALA LUMPUR, 4 MAC: Seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam pengedaran dadah ditahan bersama beberapa jenis bahan terlarang itu di susur keluar tol Lembah Beringin, Hulu Selangor, Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Faizal Tahrim berkata suspek berumur 52 tahun itu ditahan kira-kira 4.40 pagi oleh anggota polis yang sedang membuat rondaan cegah jenayah di sekitar kawasan berkenaan.

“Dadah heroin, syabu dan eramin 5 yang kesemuanya seberat 682 gram dengan nilai RM13,220 dijumpai dalam kenderaan yang dinaikinya.

“Semakan mendapati suspek mempunyai empat rekod lampau kes dadah dan hasil saringan air kencing, suspek positif dadah jenis methamphetamine dan morfin,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Faizal berkata dadah yang dirampas boleh dibekalkan kepada 2,728 pengguna dengan mengambil kira penggunaan sebanyak 0.25 gram bagi setiap pengambilan.

Beliau berkata suspek direman tujuh hari hingga 7 Mac ini mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah manakala kes disiasat mengikut Seksyen 39b dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619