AGENDA

Tujuh sekeluarga cedera, kereta terbabas langgar tiang elektrik

2 Mac 2025, 6:43 AM
Tujuh sekeluarga cedera, kereta terbabas langgar tiang elektrik

GEORGE TOWN, 2 MAC: Tujuh sekeluarga nyaris maut selepas kereta Toyota Innova dinaiki mereka terbabas ke bahu jalan dan melanggar tiang elektrik dalam kemalangan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di Batu Uban di sini hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang Mohd Shoki Hamzah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan itu pada 1.56 pagi dan jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak terus ke lokasi kejadian.

"Terdapat tiga mangsa dewasa berusia 20 hingga 40-an tersepit manakala empat kanak-kanak cedera di beberapa bahagian badan.

"Kerja mengeluarkan dua lelaki dan seorang wanita yang tersepit menggunakan peralatan khas dan kesemua mangsa berjaya dikeluarkan pada 2.54 pagi sebelum dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata mangsa yang tersepit mengalami kecederaan antaranya patah tangan kanan dan cedera di kepala serta perut.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619