ad
PBT

MBSA tawar pengurangan kompaun tempat letak kereta sepanjang Ramadan

2 Mac 2025, 5:47 AM
MBSA tawar pengurangan kompaun tempat letak kereta sepanjang Ramadan

SHAH ALAM, 2 MAC: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menawarkan pengurangan kompaun terpilih sebanyak 80 peratus dan bayaran RM10 bagi kompaun tempat letak kereta.

MBSA menerusi Facebook memaklumkan, kempen istimewa itu hanya dilaksanakan sepanjang Ramadan ini.

Semakan dan bayaran kompaun boleh dibuat menerusi Kaunter Berpusat Wisma MBSA, Kaunter Pandu Lalu MBSA, pejabat cawangan MBSA, atau secara atas talian menerusi aplikasi MyMBSA.

Orang ramai juga boleh melakukan semakan dan bayaran kompaun di kaunter bergerak Shah Alam On Wheel pada setiap Sabtu bermula 11 pagi hingga 4 petang di lokasi berbeza.

Pelbagai perancangan membabitkan penambaikan infrastruktur awam dirancang sempena ulang tahun Jubli Perak bandaraya Shah Alam pada tahun ini.

Shah Alam dinaiktaraf sebagai bandaraya pada 10 Oktober 2000 dan menjadi bandaraya pertama di Selangor yang menerima pengisytiharan berkenaan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.