AGENDA

Penjaga gol pegang bola lebih lapan saat dihukum sepakan sudut pasukan lawan

2 Mac 2025, 4:36 AM
Penjaga gol pegang bola lebih lapan saat dihukum sepakan sudut pasukan lawan

ANKARA, 2 MAC: Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (IFAB) semalam mengumumkan kelulusan peraturan baharu bagi menangani tindakan membuang masa oleh penjaga gol, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-139 di Belfast, Ireland Utara, IFAB sebulat suara bersetuju untuk meminda peraturan mengenai sepakan percuma tidak terus.

Di bawah peraturan baharu itu, jika penjaga gol memegang bola lebih lapan saat — selepas kira detik visual selama lima saat oleh pengadil - pasukan lawan akan diberikan sepakan sudut.

Sebelum ini, penjaga gol dikehendaki melepaskan bola dalam tempoh enam saat, dan sekiranya gagal, pasukan lawan akan diberikan sepakan percuma tidak terus, namun peraturan ini jarang dikuatkuasakan.

Selain itu, IFAB turut memperkenalkan peruntukan baharu kepada protokol Video Bantuan Pengadil (VAR), yang membolehkan pengadil membuat pengumuman selepas semakan VAR atau semakan VAR yang dilanjutkan.

Dalam satu kenyataan, IFAB juga menekankan garis panduan baharu yang memperkukuh prinsip bahawa hanya kapten pasukan dibenarkan menghampiri pengadil dalam situasi tertentu.

- BERNAMA-ANADOLU

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619