AGENDA

KWSP umum dividen konvensional, syariah 6.3 peratus

1 Mac 2025, 4:33 AM
KWSP umum dividen  konvensional, syariah 6.3 peratus

KUALA LUMPUR, 1 MAC: Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen 6.30 peratus bagi simpanan konvensional dengan jumlah agihan RM63.05 bilion dan 6.30 peratus bagi simpanan syariah dengan jumlah agihan RM10.19 bilion.

Ketua Pegawai Eksekutif Ahmad Zulqarnain Onn berkata ini menjadikan jumlah keseluruhan agihan bagi 2024 adalah RM73.24 bilion.

Beliau berkata bagi tahun berakhir 31 Dis 2024, KWSP mencatatkan jumlah pendapatan pelaburan sebanyak RM74.46 bilion, meningkat 11 peratus daripada RM66.99 bilion yang direkodkan 2023.

“Jumlah ini adalah selepas mengambil kira turun nilai kos ke atas ekuiti tersenarai bagi tahun tersebut,” katanya pada KWSP 2024: Taklimat Dividen di sini, pada Sabtu.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619