AGENDA

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah dijangka keluar hospital Ahad ini

28 Feb 2025, 3:57 PM
Kanak-kanak dilanggar depan sekolah dijangka keluar hospital Ahad ini

PUTRAJAYA, 28 FEB: Polis mengesahkan murid tahun dua Sekolah Kebangsaan Presint 11(1) yang dilanggar di hadapan sekolah pada 29 Februari lalu dijangka dibenarkan keluar hospital Ahad ini.

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Aidi Sham Mohamed berkata murid itu dipindahkan ke wad biasa dua hari lalu selepas menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU).

“Murid itu kini menggunakan kerusi roda dan dijangka menjalani fisioterapi bagi kecederaan kaki,” katanya ketika ditemui pada majlis perasmian Festival Ramadan Putrajaya 2025 (FRP25) di sini hari ini.

Aidi turut memaklumkan polis sedang menyiasat kejadian itu dari pelbagai sudut dan telah mengambil keterangan daripada dua saksi iaitu pemilik kamera papan pemuka yang merakam insiden berkenaan serta seorang orang awam yang berada di kawasan itu.

Beliau turut menyeru agar Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) memainkan peranan lebih menyeluruh dalam memastikan aspek keselamatan terutama jalan raya di sekolah.

Selain itu, beliau berkata Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) juga akan menjalankan rondaan di beberapa kawasan sekolah pada waktu puncak.

Pada 20 Februari lalu, kanak-kanak berkenaan dilaporkan mengalami retak belakang kepala dan luka badan selepas dilanggar sebuah kereta di hadapan sekolah.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619