AGENDA

Polis siasat video tular hasut rakyat tentang pasukan keselamatan

27 Feb 2025, 3:00 PM
Polis siasat video tular hasut rakyat tentang pasukan keselamatan

KUALA LUMPUR, 27 FEB: Polis membuka satu kertas siasatan berhubung satu video tular menghasut rakyat Malaysia untuk menentang pasukan keselamatan itu yang dimuat naik menerusi media sosial, baru-baru ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata pihaknya menerima laporan daripada orang awam mengenai video terbabit Selasa lepas.

“Siasatan kini dikendalikan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata siasatan dijalankan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505(C) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Pemeriksaan Bernama menerusi platform TikTok mendapati video berdurasi 29 saat terbabit dimuat naik satu pemilik akaun.

Video itu memaparkan seorang individu lelaki warga tempatan dipercayai sedang berada di luar negara menghasut rakyat negara ini untuk bertindak kasar terhadap pasukan keselamatan itu.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619