AGENDA

Lelaki OKU mental tetak bapa direman tiga hari

27 Feb 2025, 3:40 AM
Lelaki OKU mental tetak bapa direman tiga hari

KANGAR, 27 FEB: Lelaki memegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) mental yang disyaki menetak bapanya berusia 73 tahun di Kampung Padang Besar Selatan, Kuala Perlis dekat sini pada Isnin lepas, direman tiga hari bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Kangar ACP Yusharifuddin Mohd Yusop berkata reman terhadap lelaki berumur 45 tahun itu dibenarkan Majistret Nurshahida Abdul Rahim di Mahkamah Majistret Kangar, bagi membantu siasatan kes itu.

"Permohonan reman terhadap suspek (kes di bawah) Seksyen 326 Kanun Keseksaan dibenarkan selama tiga hari bermula 27 Februari hingga 1 Mac ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Yusharifuddin berkata parang yang dipercayai digunakan untuk menetak bapanya itu dijumpai di dalam semak berhampiran rumah suspek di kampung terbabit petang semalam.

Lelaki itu berjaya ditahan polis pada 10 pagi semalam ketika dia berlegar-legar di sekitar kawasan kampung berkenaan dalam keadaan lemah.

Kejadian dipercayai berlaku pada 5 petang, Isnin dan mangsa Halim Lebai Othman yang cedera pada bahagian kepala dan telinga kiri dirawat di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini dan telah dibenarkan keluar wad pada Selasa.

-BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619