EXCO

Tingkat rizab air, Selangor rancang bina loji rawatan baharu

26 Feb 2025, 4:03 AM
Tingkat rizab air, Selangor rancang bina loji rawatan baharu

SHAH ALAM, 26 FEB: Kerajaan Selangor merancang membina loji rawatan air (LRA) baharu bagi memastikan rizab air di negeri ini sentiasa melebihi pada kadar 15 peratus.

EXCO infrastruktur berkata selain itu, sebanyak empat LRA baharu juga sedang dibina bagi memenuhi permintaan bekalan air pengguna.

Menurut Dato’ Ir Izham Hashim, empat loji sedang dibina ialah LRA Rasau peringkat 1 yang dijangka siap pada 2026 manakala LRA Rasau peringkat 2 pula 2028.

“Dua lagi yang dalam proses pembinaan LRA Labohan Dagang Fasa 2 jangka siap pada 2029 selain LRA Langat 2 Fasa 2 (2030).

“Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) melalui Pelan Perniagaan 30 tahun juga sedang melaksana kerja penggantian paip, naik taraf pam dan tangki air bagi menaikkan kapasiti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan wakil rakyat Gombak Setia Hilman Idham yang ingin mengetahui usaha konstruktif Kerajaan Negeri meningkatkan jumlah rizab air dalam Sidang Dewan Negeri Selangor di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Izham memaklumkan Air Selangor juga mengambil langkah menurunkan kadar Air Tidak Terhasil (NRW) bagi mengurangkan kehilangan jumlah air terawat.

“Untuk langkah jangka pendek, kaedah Active Leakage Control (ALC) dilaksanakan bagi mencari punca kebocoran secara proaktif.

“Air Selangor turut mensasarkan penggantian paip usang seluas 5,000 kilometer dalam tempoh 15 tahun (2020) sebagai penyelesaian jangka panjang,” jelasnya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619