AGENDA

Warga emas rusgi RM4 juta diperdaya skim pelaburan tidak wujud

24 Feb 2025, 11:53 AM
Warga emas rusgi RM4 juta diperdaya skim pelaburan tidak wujud

SHAH ALAM, 24 FEB: Polis mengesahkan seorang pesara sebuah syarikat swasta mengalami kerugian RM4 juta selepas diperdaya sindiket penipuan pelaburan saham dalam talian menerusi laman sosial Facebook.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata wanita berusia 73 tahun itu menyertai satu pelaburan pada pertengahan November lepas apabila dimasukkan ke dalam satu kumpulan WhatsApp.

Beliau berkata mangsa tertarik untuk membuat pelaburan selepas dijanjikan pulangan lumayan antara lapan hingga 10 peratus sehari.

“Bagi tujuan pelaburan, mangsa diminta membuat 62 transaksi bayaran melibatkan 10 akaun bank yang berbeza membabitkan wang berjumlah RM4 juta.

“Mangsa sedar telah diperdaya apabila diminta untuk membuat pelbagai bayaran tambahan sekiranya mahu mengeluarkan keuntungan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hussein berkata mangsa tampil membuat laporan polis selepas gagal mendapatkan keuntungan seperti dijanjikan dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619