ad
AGENDA

Cungkil bakat e-sukan, Selangor pergiat kerjasama dengan jabatan pendidikan

22 Feb 2025, 9:00 AM
Cungkil bakat e-sukan, Selangor pergiat kerjasama dengan jabatan pendidikan
Cungkil bakat e-sukan, Selangor pergiat kerjasama dengan jabatan pendidikan
Cungkil bakat e-sukan, Selangor pergiat kerjasama dengan jabatan pendidikan
Cungkil bakat e-sukan, Selangor pergiat kerjasama dengan jabatan pendidikan
Cungkil bakat e-sukan, Selangor pergiat kerjasama dengan jabatan pendidikan

SHAH ALAM, 22 FEB: Selangor akan bekerjasama dengan jabatan pendidikan negeri untuk memperkenal e-sukan sebagai salah satu aktiviti di sekolah sekali gus merancakkan lagi pembangunan sukan tersebut.

Dato’ Menteri Besar berkata e-sukan kini antara aktiviti kegemaran anak muda dan langkah mengenalkan di peringkat sekolah bertujuan melahirkan pemain berkualiti khususnya di Selangor.

“Kita mahu mencari bakat baharu. Jabatan Pendidikan Selangor merupakan yang pertama memberi pengiktirafan secara tidak rasmi kepada e-sukan sebagai salah satu aktiviti di sekolah.

“Kita mahu e-sukan di Selangor ini memenuhi ekosistem dan kegemaran anak-anak muda dan pada masa mempunyai kitaran ekonomi tersendiri.

“Sebab itu, bagi pencarian bakat baharu dalam bidang e-sukan negeri peruntuk dana RM1 juta termasuk mengubah suai Hotel Carlton sebagai Gedung E-Sports Selangor,” katanya hari ini.

Beliau berucap pada majlis perasmian Selangor Future Cup 2025 di pusat beli-belah AEON Shah Alam yang turut dihadiri EXCO Sukan Mohd Najwan Halimi.

[caption id="attachment_688292" align="aligncenter" width="700"] EXCO Sukan Mohd Najwan Halimi menyaksikan perlawanan di antara pemain Selangor Red Giants (SRG) dan Todak sempena majlis perasmian Selangor Future Cup 2025 di AEON Shah Alam pada 22 Februari 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]

Dalam pada itu, Mohd Najwan berkata penganjuran program tersebut dengan kerjasama Akademi Todak itu amat luar biasa kerana turut disertai pelajar perempuan dari dua buah sekolah.

“Program ini disertai 64 sekolah menengah seluruh negeri bagi permainan video Mobile Legends: Bang Bang dan kebiasaannya didominasi lelaki tetapi kini luar biasa kerana dua kumpulan dari sekolah SMK Assunta dan SMK Convent Bukit Nanas.

“Penganjuran program melibatkan akar umbi ini adalah inisiatif dalam mencari pelapis bidang e-sukan pada masa hadapan,” ujarnya.

Selangor Future Cup 2025 yang berlangsung hingga esok menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM200,000. Selain itu, Akademi Todak turut menawarkan kepada pemenang biasiswa pengajian pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET) hingga peringkat diploma berjumlah RM160,000.

[caption id="attachment_688322" align="aligncenter" width="700"] EXCO Sukan Mohd Najwan Halimi bergambar ketika majlis perasmian Selangor Future Cup 2025 di AEON Shah Alam pada 22 Februari 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_688290" align="aligncenter" width="700"] Peserta Selangor Future Cup 2025 di AEON Shah Alam pada 22 Februari 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_688291" align="aligncenter" width="700"] Peserta Selangor Future Cup 2025 di AEON Shah Alam pada 22 Februari 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.