AGENSI

Permohonan bantuan RM1,000 masuk universiti dibuka 1 hingga 30 Mac

22 Feb 2025, 4:31 AM
Permohonan bantuan RM1,000 masuk universiti dibuka 1 hingga 30 Mac
Permohonan bantuan RM1,000 masuk universiti dibuka 1 hingga 30 Mac

SHAH ALAM, 22 FEB: Permohonan Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT) 2025 yang menawarkan bantuan RM1,000 kepada pelajar, dibuka mulai 1 hingga 30 Mac ini.

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor memaklumkan pemberian RM1,000 secara sekali bayar itu khusus buat anak Selangor yang menepati kriteria ditetapkan.

Menurutnya, permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian menerusi pautan www.danapendidikan.selangor.gov.my.

“Permohonan akan dibuka dari 1 hingga 30 Mac dan sila baca syarat dengan teliti sebelum memohon.

“Tiada serahan dokumen fizikal di kaunter dan permohonan selepas tarikh tutup tidak diproses,” katanya menerusi Facebook.

Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata HPIPT Selangor menawarkan bantuan RM1,000 kepada pelajar dari keluarga berpendapatan RM5,000 ke bawah.

Menurutnya, insentif dengan peruntukan RM3 juta tahun ini untuk membantu pelajar yang melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).

Jelas Dato’ Seri Amirudin Shari, HPIPT Selangor diberi kepada anak Selangor yang melanjutkan pendidikan ke IPTA dan IPTS diiktiraf bagi Sijil Kemahiran Tahap 4, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619