AGENDA

Agong selamat tiba di tanah air selepas jalani rawatan di luar negara

22 Feb 2025, 3:16 AM
Agong selamat tiba di tanah air selepas jalani rawatan di luar negara

KUALA LUMPUR, 22 FEB: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim selamat tiba di tanah air pagi ini, selepas menjalani rawatan di luar negara.

Menurut hantaran yang dimuat naik di akaun Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang 7 pagi tadi.

Keberangkatan tiba Sultan Ibrahim disambut Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Zailani Hashim, Datuk Paduka Maharaja Lela Istana Negara Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini serta pegawai Istana Negara.

“Sultan Ibrahim turut menzahirkan penghargaan kepada seluruh rakyat yang menitipkan doa buat kesihatan Seri Paduka Baginda,” menurut hantaran itu.

Terdahulu, Istana Negara menerusi kenyataan pada 18 Februari memaklumkan Sultan Ibrahim selamat menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan muskulosletal (otot dan tulang) di luar negara.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619