ad
AGENSI

Pameran TMS2025 tarik 3,000 pengunjung, tawar pelbagai produk pelancongan

21 Feb 2025, 2:20 PM
Pameran TMS2025 tarik 3,000 pengunjung, tawar pelbagai produk pelancongan
Pameran TMS2025 tarik 3,000 pengunjung, tawar pelbagai produk pelancongan
Pameran TMS2025 tarik 3,000 pengunjung, tawar pelbagai produk pelancongan
Pameran TMS2025 tarik 3,000 pengunjung, tawar pelbagai produk pelancongan

SHAH ALAM, 21 FEB: Pameran Tahun Melawat Selangor 2025 (TMS2025) sempena Persidangan Dewan Negeri Selangor di bangunan pentadbiran Kerajaan Negeri di sini berjaya menarik 3,000 pengunjung.

Pengurus Acara Pelancongan Fokus Tourism Selangor Mohamad Faroul Mustafa berkata pameran tiga hari sejak 19 Februari menawarkan pelbagai jenis produk pelancongan di Selangor.

[caption id="attachment_688211" align="aligncenter" width="769"] Pengurus Acara Pelancongan Fokus Tourism Selangor Mohamad Faroul Mustafa. Foto SITI ROHAIZAH ZAINAL/MEDIASELANGOR[/caption]

“Pameran ini turut menghimpunkan 20 pengusaha hotel, 10 taman tema, hospital dan banyak lagi tarikan yang menawarkan pelbagai potongan menarik.

“Tujuan kita adalah untuk mempromosikan TMS2025 supaya lebih ramai tahu mengenai tarikan pelancongan di Selangor,” katanya ditemui hari ini.

[caption id="attachment_688212" align="aligncenter" width="778"] Suasana pameran Tahun Melawat Selangor 2025 di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 19 Februari 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIA SELANGOR[/caption]

Terdahulu, kira-kira 400 pek buah-buahan tempatan hasil pertanian keluaran Selangor seperti buah naga, nanas, jumbu batu dan nangka diedarkan di Wisma Dewan Negeri Selangor hari ini.

Pada 19 Februari, Tourism Selangor menandatangani memorandum kolaborasi bersama empat syarikat terkemuka bagi menyemarakkan lagi kempen TMS2025.

Memorandum dimeterai bersama Sony Malaysia, Batik Air, GL Play by Gamuda Land dan Alpha IVF & Women Specialist.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata kerjasama itu dijangka memberi dampak positif terhadap kempen TMS2025 sekali gus mencapai sasaran kehadiran lapan juta pelancong.

[caption id="attachment_687782" align="aligncenter" width="759"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyaksikan pertukaran memorandum di antara Tourism Selangor dan GL Play by Gamuda Land ketika Pameran Tahun Melawat Selangor 2025 di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 19 Februari 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIA SELANGOR[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.