ADN

Projek tebatan banjir Selangor diteruskan, tiada pembatalan

21 Feb 2025, 9:55 AM
Projek tebatan banjir Selangor diteruskan, tiada pembatalan

SHAH ALAM, 21 FEB: Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Pengurusan Air, Pertanian, Infrastruktur Dan Mobiliti (JPK – Infragro) membidas kenyataan Dr Afif Bahardin berhubung isu pembatalan projek tebatan banjir berkeutamaan tinggi (TBBT).

Pengerusinya Michelle Ng Mei Sze berkata isu dibangkitkan wakil rakyat Taman Medan itu tidak benar sebaliknya lantikan bagi projek itu telah dibuat menerusi tender pra kelayakan terpilih.

"Apa dibangkitkan beliau (Dr Afif) seolah-olah Kerajaan Negeri tiada hala tuju berkenaan projek tebatan banjir. Kerajaan Persekutuan meluluskan RM3.6 bilion pada 2022 namun semasa pertukaran kerajaan telah ditangguhkan.

"Pada 2023, kelulusan terkini diberikan pada lima projek TBBT di negeri ini dengan kos keseluruhan RM2.258 bilion melalui tender pra kelayakan terpilih.

"Jika diikut, Jabatan Pengairan Saliran telah buat lantikan dan seterusnya dapat jimat RM1.3 bilion. Jumlah yang dapat dijimatkan adalah duit rakyat dan ini amalan bagus," katanya pada sidang media di bangunan pentadbiran  Kerajaan Negeri, hari ini.

Justeru, beliau berterima kasih kepada pihak yang bertungkus lumus mempercepat lantikan dan berusaha beri keutamaan pada projek-projek rakyat.

Berikut adalah senarai projek TBBT:

1) Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Klang - RM140.7 juta

2) RTB Sungai Kapar Kecil dan Sungai Kapar Besar - RM219 juta

3) RTB Sungai Langat Fasa 2 - RM684.6 juta

4) Kolam Takungan Dwi Fungsi - RM662.5 juta

5) RTB Sungai Damansara - RM551.8 juta

Semalam, Dr Afif pada sidang Dewan Negeri Selangor mendakwa Kerajaan Persekutuan masih belum melantik kontraktor bagi projek tebatan banjir.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619