AGENDA

Cubaan rogol dalam masjid, EXCO minta polis ambil tindakan segera

21 Feb 2025, 5:27 AM
Cubaan rogol dalam masjid, EXCO minta polis ambil tindakan segera

SHAH ALAM, 21 FEB: Kerajaan Negeri meminta siasatan dan tindakan segera terhadap suspek yang membuat cubaan merogol kanak-kanak perempuan di Masjid Jamek Sungai Masin, Batang Kali, awal pagi tadi.

EXCO Hal Ehwal Agama Islam Dr Mohammad Fahmi Ngah berkata tindakan biadab itu tidak sewajarnya berlaku terutama di masjid yang merupakan tempat beribadat umat Islam.

“Saya telah memanjangkan laporan ini kepada Ketua Polis Selangor (Datuk Hussein Omar Khan) untuk membuat siasatan daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) serta gambar yang dibekalkan.

“Sekiranya benar, tindakan segera terhadap pelaku ini perlu diambil berdasarkan peruntukan undang-undang yang ada,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dr Mohammad Fahmi berkata tindakan itu juga boleh membawa persepsi negatif orang ramai bahawa masjid tempat tidak selamat dan terdedah kepada perbuatan jenayah.

“Saya menyeru pengunjung masjid terus berwaspada dan membuat laporan segera kepada pihak berkuasa sekiranya wujud cubaan sebegini,” katanya.

Pagi tadi, tular di media sosial satu insiden cubaan merogol kanak-kanak perempuan dalam ruang solat jemaah wanita di masjid berkenaan sekitar waktu solat Subuh.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619