ad
AGENDA

Pesara kerajaan rugi RM60,000 terpedaya sindiket menyamar wakil insurans

20 Feb 2025, 2:40 PM
Pesara kerajaan rugi RM60,000 terpedaya sindiket menyamar wakil insurans

JERTIH, 20 FEB: Seorang pesara wanita di Bandar Permaisuri, Setiu kerugian RM60,000 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan menerusi panggilan telefon, awal bulan ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Besut DSP Md Sani Md Saleh berkata kejadian bermula apabila mangsa berusia 64 tahun menerima panggilan telefon daripada seorang individu memperkenalkan diri sebagai wakil syarikat insurans pada 2 Feb.

“Suspek memaklumkan mangsa ada membuat tuntutan insurans di sebuah hospital di Lembah Klang dan namanya juga kononnya mempunyai satu waran tangkap atas kesalahan memiliki 23 akaun bank dalam kes penggubahan wang haram di seluruh negara.

“Warga emas itu berasa takut lalu akur terhadap segala arahan suspek dengan membuka akaun bank di sebuah bank di sini sebelum memindahkan wang berjumlah keseluruhan RM60,000 ke akaun suspek menerusi lima transaksi dari 2 hingga 16 Feb lepas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Md Sani berkata setelah menyedari ditipu, wanita itu kemudian tampil membuat laporan polis semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.