AGENDA

Kadar jenayah indeks di Selangor turun 12 peratus

20 Feb 2025, 2:15 PM
Kadar jenayah indeks di Selangor turun 12 peratus

SHAH ALAM, 20 FEB: Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata kadar jenayah indeks di Selangor termasuk daerah Klang mencatatkan penurunan kes sebanyak 12 peratus pada tahun lepas.

Beliau berkata statistik itu antara lain disumbang melalui pelaksanaan pelbagai aktiviti pencegahan jenayah yang dipertingkatkan termasuk penyelarasan rondaan unit bermotosikal dan kereta peronda mengikut waktu trend jenayah diramal berlaku.

“Langkah ini dilakukan secara sistematik mengikut pola kes dan menjadi faktor penurunan indeks jenayah terutama pecah rumah serta curi kenderaan di negeri ini,” katanya pada sidang media selepas majlis serah terima tugas Timbalan Ketua Polis Selangor di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan Indeks Jenayah Numbeo 2025 oleh sebuah pangkalan data Internet yang menyatakan Kuala Lumpur dan Klang berada pada tempat ketiga dan keempat bandar paling berbahaya di Asia Tenggara.

Hussein berkata pihaknya tidak mengetahui kategori, kriteria dan responden digunakan dalam kajian itu untuk mentafsir kadar jenayah di Selangor, khususnya Klang.

Beliau berkata pihaknya boleh kemukakan laporan berkaitan penurunan kes jenayah di Selangor bagi menggambarkan kadar jenayah sebenar selain tidak berhasrat memanggil pihak Numbeo kerana tidak terikat dengan mereka yang mengeluarkan data itu.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619