AGENDA

Selangor ingin perkasa budaya wakaf, beri manfaat kepada masyarakat

20 Feb 2025, 2:00 PM
Selangor ingin perkasa budaya wakaf, beri manfaat kepada masyarakat
Selangor ingin perkasa budaya wakaf, beri manfaat kepada masyarakat
Selangor ingin perkasa budaya wakaf, beri manfaat kepada masyarakat

OLEH DEWI ABDUL RAHMAN

SHAH ALAM, 20 FEB: Selangor komited untuk menyemarakkan budaya wakaf dalam kalangan masyarakat khususnya penjawat awam negeri ini melalui kaedah potongan gaji.

Dato' Menteri Besar Dato' Sri Amirudin Shari berkata bagi menyokong usaha itu pentadbiran negeri akan berbincang bersama Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI untuk menganjurkan promosi meningkatkan kesedaran berwakaf.

"Perbicangan turut libatkan Setiausaha Kerajaan Selangor dan pegawai kewangan negeri untuk menjadikan bulan wakaf sebagai ruang mempromosi budaya berwakaf.

[caption id="attachment_688028" align="aligncenter" width="687"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari tiba di Pelancaran Bulan Wakaf peringkat Selangor di Pusat Konvension Shah Alam (SACC) pada 20 Februari 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]

"Jadi ini akan memupuk, ia bukan soal harta yang kita sumbangkan ataupun kepentingan pahala mahupun pengajaran di akhirat, tetapi juga pentingnya memberi manfaat kepada masyarakat dalam wakaf yang akan dilaksanakan," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas melancarkan Bulan Wakaf Peringkat Negeri Selangor 2025 di Pusat Konvensyen Shah Alam, di sini siang tadi.

Terdahulu, Amirudin menyaksikan majlis pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) bersama Bank Simpanan Nasional (BSN) bertujuan memperkasa kutipan wakaf tunai dan memudahkan pencarum bank melazimi ibadah wakaf.

Pada majlis sama, sebanyak 10 syarikat berkaitan kerajaan (GLC) termasuk swasta menyalur sumbangan sejumlah RM700,000 bagi kegunaan dana wakaf negeri Selangor.

[caption id="attachment_688027" align="aligncenter" width="687"] Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBI Selangor, YBhg. Dato’ Ts. Saipolyazan M Yusop menyerahkan akuan potongan wakaf oleh kakitangan MBI kepada Pengerusi Perbadanan Wakaf Selangor Dato' lbrahim Md Yusof sambil diperhatikan oleh Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari ketika Pelancaran Bulan Wakaf peringkat Selangor di Pusat Konvension Shah Alam (SACC) pada 20 Februari 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619