ad
EXCO

Belia dipelawa sertai ADN Muda, fahami proses gubal undang-undang, dasar

20 Feb 2025, 8:30 AM
Belia dipelawa sertai ADN Muda, fahami proses gubal undang-undang, dasar
Belia dipelawa sertai ADN Muda, fahami proses gubal undang-undang, dasar
Belia dipelawa sertai ADN Muda, fahami proses gubal undang-undang, dasar

SHAH ALAM, 20 FEB: Golongan belia dipelawa menganggotai program Ahli Dewan Negeri (ADN) Muda 2025 bagi memahami proses penggubalan undang-undang dan dasar di Selangor.

Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS) Lau Weng San berkata permohonan ADN Muda dibuka mulai hari ini hingga hingga 20 April depan, dengan pelaksanaan program pada Jun dan Julai.

[caption id="attachment_687983" align="aligncenter" width="761"] Speaker Dewan Negeri Selangor Lau Weng San berucap ketika sidang media program Ahli Dewan Negeri (ADN) Muda Selangor di Wisma Dewan Negeri Selangor, Shah Alam pada 20 Februari 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Program ADN Muda pada tahun ini bakal dilaksana dengan format baharu. Pusingan pertama melibatkan 112 peserta yang dipilih berdasarkan permohonan diterima.

“Mereka akan mengikuti pusingan pertama program pada 14 Jun di Wisma DNS dan 56 peserta yang berjaya melepasi pusingan pertama akan mengikuti program selama dua hari satu malam iaitu pada 28 dan 29 Julai,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Weng San menambah, program ADN Muda terbuka kepada belia berumur 18 hingga 35 tahun tanpa mengira latar belakang dengan keutamaan diberikan kepada pengundi Selangor.

Menurutnya, peserta berpeluang mencadangkan serta membahas usul yang memberi dampak kepada belia membabitkan lapan topik utama seperti pemerkasaan ekonomi, pendidikan dan kos sara hidup.

“Peserta juga akan dimasukkan dalam kumpulan untuk mereka mencadangkan usul berkaitan topik dan dua usul yang mendapat undian tertinggi akan dibawa ke sidang kemuncak pada 29 Julai,” katanya.

[caption id="attachment_645113" align="aligncenter" width="808"] Speaker Dewan Negeri Selangor Lau Weng San (duduk, tengah) bersama pembahas Ahli Dewan Negeri (ADN) Muda Selangor selepas persidangan program ADN Muda Selangor di Bangunan Wisma DNS, Shah Alam pada 28 Mei 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Program ADN Muda yang dilaksana sejak 2014 menawarkan piala pusingan iaitu Piala Tuan Speaker DNS kepada pembahas terbaik, yang akan dipilih pada sidang kemuncak.

Permohonan boleh dibuat menerusi laman media sosial di Instagram dan Facebook ADN Muda Selangor atau portal rasmi dewan.selangor.gov.my.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.