AGENDA

Tiga cedera, 24 penumpang terselamat, bas terbabas ke dalam gaung

19 Feb 2025, 2:45 PM
Tiga cedera, 24 penumpang terselamat, bas terbabas ke dalam gaung

IPOH, 19 FEB: Tiga individu cedera dalam kemalangan membabitkan bas dan lori di Kilometer (KM) 392 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah utara petang tadi, menyebabkan bas itu terbabas ke dalam gaung.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata mereka yang cedera ialah pemandu dan kelindan bas serta pekerja penyelenggaraan jalan.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.27 petang dan pasukan daripada Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Malim serta Slim River dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Kemalangan melibatkan bas penumpang membawa 24 pekerja warga asing dan lori penyelenggaraan jalan.

“Dua mangsa dibawa ke hospital oleh orang awam manakala seorang lagi dihantar Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) ke Hospital Slim River,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata semua penumpang bas termasuk seorang lagi kelindan dan pemandu lori serta kelindannya tidak cedera dalam kejadian itu.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619