ad
ADN

Naik taraf Taman Sentosa pacu ekonomi setempat, pusat pembangunan baru

19 Feb 2025, 2:00 PM
Naik taraf Taman Sentosa pacu ekonomi setempat, pusat pembangunan baru

Oleh Ufairah Tarmidzi

KLANG, 19 FEB: Penaiktarafan Taman Sentosa kepada bandar adalah bukti usaha berterusan pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam membangunkan kawasan itu demi kesejahteraan penduduk.

Ahli Dewan Negeri Sentosa, Dr G Gunaraj berkata inisiatif itu bukan sahaja meningkatkan nilai hartanah dan kemudahan infrastruktur malah turut membuka peluang pembangunan yang lebih pesat untuk komuniti setempat.

“Lebuhraya West Coast Expressway (WCE) sudah beroperasi dari Banting hingga Johan Setia.

“Adanya pengangkutan yang lebih moden dan efisien, kemudahan ini juga akan meningkatkan aksesibiliti penduduk seterusnya merancakkan pertumbuhan ekonomi dan menjadikan kawasan ini strategik sebagai pusat pembangunan baru,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Persiapan dan Pelaksanaan Majlis Pengisytiharan Bandar Sentosa dan Program Komuniti Sihat Sejahtera di Pusat Pembangunan Komuniti Dewan Undangan Negeri (DUN) Sentosa, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Gunaraj yakin dengan pengiktirafan itu ia dapat meningkatkan taraf hidup penduduk selain pihaknya turut mengharapkan perkhidmatan yang lebih baik daripada Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) dalam menangani isu banjir dan kebersihan di Sentosa.

Katanya, perubahan minda di kalangan masyarakat diperlukan untuk memastikan persekitaran yang lebih bersih, teratur, dan selamat untuk generasi akan datang.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.