AGENDA

Polis siasat dakwaan anggota langgar SOP, peras ugut ketika serbuan

19 Feb 2025, 8:07 AM
Polis siasat dakwaan anggota langgar SOP, peras ugut ketika serbuan

KUALA LUMPUR, 19 FEB: Polis sedang menyiasat dakwaan berkaitan empat anggotanya tidak mengikut tatacara operasi piawai (SOP) semasa melakukan serbuan di sebuah kediaman di Damansara dalam Op Tapis pada Oktober tahun lepas, selain dikatakan turut melakukan pemerasan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shahrulnizam Ja'afar dalam kenyataan hari ini berkata siasatan dilakukan susulan rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) yang dimuat naik menerusi Facebook oleh pemilik akaun itu.

"Polis mengesahkan serbuan berkenaan dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di Pelangi Damansara, Petaling Jaya pada 10 Okt lepas semasa menjalankan Ops Tapis di kawasan Damansara.

"Kertas siasatan telah dibuka bagi menyiasat dakwaan yang ditularkan dan tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat sebarang salah laku dalam kejadian ini," katanya dalam kenyataan.

Semalam, tular menerusi media sosial rakaman memaparkan beberapa anggota polis berpakaian preman menyerbu sebuah kediaman selain bertindak memecahkan CCTV setelah menyedari perbuatan itu dirakam dan didakwa turut melakukan pemerasan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619