AGENDA

Polis sahkan tiga maut di konsert ambang tahun baharu akibat dadah

19 Feb 2025, 1:17 AM
Polis sahkan tiga maut di konsert ambang tahun baharu akibat dadah

SHAH ALAM, 19 FEB: Polis mengesahkan tiga daripada empat mangsa yang meninggal dunia semasa menghadiri sebuah konsert ambang tahun baharu di Bandar Sunway, Subang Jaya pada 31 Dis lepas adalah akibat pengambilan dadah stimulan.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata ia berdasarkan laporan patologi diterima dan pihaknya masih menunggu laporan seorang lagi mangsa untuk melengkapkan siasatan.

"Setakat ini 53 saksi telah dirakam percakapan dan siasatan masih diteruskan serta akan dirujuk kepada koroner setelah siasatan lengkap," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata seorang lagi mangsa masih berada di hospital dan dalam keadaan stabil serta memerlukan pemantauan rapi.

Sebelum ini Hussein dilaporkan berkata siasatan awal polis mendapati dua lelaki dan dua wanita meninggal dunia selepas menghadiri sebuah konsert di Bandar Sunway, pada ambang tahun baharu disyaki mengambil dadah jenis ekstasi.

Selain empat mangsa terbabit, terdapat tiga lagi mangsa yang dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Hospital Kuala Lumpur (HKL) dilaporkan mempunyai simptom sama seperti mangsa yang maut.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619