AGENDA

Mesir anjur Sidang Kemuncak Tergempar Arab pada 4 Mac, bincang pembinaan semula Gaza

18 Feb 2025, 3:46 PM
Mesir anjur Sidang Kemuncak Tergempar Arab pada 4 Mac, bincang pembinaan semula Gaza

KAHERAH, 18 FEB: Mesir pada Selasa mengesahkan bahawa ia akan menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak Tergempar Arab pada 4 Mac bagi membincangkan pelan pemulihan Semenanjung Gaza tanpa memindahkan penduduk Palestin, lapor Anadolu Ajansı (AA).

Sidang kemuncak itu pada asalnya dijadualkan berlangsung pada 27 Feb tetapi ditangguhkan ke 4 Mac “bagi melengkapkan persiapan logistik,” menurut Kementerian Luar Mesir dalam satu kenyataan.

Kementerian itu menyatakan tarikh baharu ditetapkan dengan kerjasama Bahrain, selaku pengerusi semasa Liga Arab, dan selepas rundingan dengan negara-negara Arab.

Sidang kemuncak ini diadakan susulan cadangan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, untuk mengambil alih Gaza dan memindahkan penduduk Palestin di wilayah lain, dengan menyatakan hasrat membangunkannya sebagai “Riviera Timur Tengah.”

Pada Ahad, Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi mengesahkan bahawa negaranya sedang merangka pelan pemulihan Gaza secara menyeluruh tanpa memindahkan rakyat Palestin.

Cadangan Trump untuk memindahkan rakyat Palestin itu ditolak oleh dunia Arab serta banyak negara lain, yang menyifatkannya sebagai satu bentuk pembersihan etnik.

Idea kontroversi itu muncul di tengah-tengah gencatan senjata yang berkuat kuasa di Gaza sejak 19 Jan, yang menghentikan serangan Israel yang telah mengorbankan hampir 48,300 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, serta memusnahkan wilayah itu.

- BERNAMA-ANADOLU

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619