AGENSI

Pertandingan cipta logo SUKMA Selangor dibuka, hadiah utama RM5,000

18 Feb 2025, 2:01 PM
Pertandingan cipta logo SUKMA Selangor dibuka, hadiah utama RM5,000
Pertandingan cipta logo SUKMA Selangor dibuka, hadiah utama RM5,000
Pertandingan cipta logo SUKMA Selangor dibuka, hadiah utama RM5,000
Pertandingan cipta logo SUKMA Selangor dibuka, hadiah utama RM5,000

SHAH ALAM, 18 FEB:  Orang ramai dipelawa menyertai pertandingan mencipta logo Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026  yang menawarkan hadiah utama berupa wang tunai berjumlah RM5,000.

Sekretariat SUKMA Selangor 2026 berkata tempat kedua berpeluang membawa pulang wang tunai RM2,000, tempat ketiga RM1,000 manakala RM500 hadiah saguhati diberi kepada dua pemenang.

Berdasarkan poster, setiap peserta dihadkan kepada satu penyertaan sahaja dan logo berkenaan digalakkan menerapkan nilai-nilai kreatif yang menjadi identiti Selangor.

Penyertaan boleh dihantar ke emel selangor2026@gmail.com sebelum tarikh tutup pada 31 Mac 2025.

Januari lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat SUKMA Selangor 2026 Dato’ Mohd Yazid Sairi bercadang mengadakan pertandingan mencipta logo, maskot dan lagu temasya dwitahunan itu agi menyemarakkan lagi penganjuran edisi ke-22 pada tahun depan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619