AGENDA

Malaysia komited perkukuh kerjasama antarabangsa, realisasi kesejahteraan bersama

17 Feb 2025, 12:30 PM
Malaysia komited perkukuh kerjasama antarabangsa, realisasi kesejahteraan bersama

KUALA LUMPUR, 17 FEB: Malaysia komited untuk terus bekerjasama dengan rakan antarabangsa dalam merealisasikan pembangunan yang lebih adil, mampan dan berdaya tahan demi kesejahteraan bersama, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau menekankan perkara itu dalam pertemuan dengan Setiausaha Eksekutif Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Asia dan Pasifik (UNESCAP) Armida Salsiah Alisjahbana, hari ini.

Anwar berkata Malaysia akan terus memainkan peranan aktif dalam memperkukuh hubungan dengan UNESCAP dan badan antarabangsa lain, bagi memastikan pembangunan ekonomi dan sosial di Asia-Pasifik terus diperkasakan.

“Perbincangan ini juga selari dengan aspirasi Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025, yang menekankan keterangkuman dan kemampanan sebagai teras utama dalam agenda serantau,” kata beliau menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

UNESCAP adalah satu daripada lima suruhanjaya serantau PBB yang mempromosikan pembangunan inklusif, berdaya tahan dan mampan.

Suruhanjaya itu terlibat dengan ASEAN melalui pelbagai inisiatif seperti bengkel promosi pelaburan dan projek pelaburan hijau.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619