AGENSI

Giat pantau debu sisa perobohan Stadium Shah Alam

17 Feb 2025, 5:00 AM
Giat pantau debu sisa perobohan Stadium Shah Alam
Giat pantau debu sisa perobohan Stadium Shah Alam
Giat pantau debu sisa perobohan Stadium Shah Alam
Giat pantau debu sisa perobohan Stadium Shah Alam

SHAH ALAM, 17 FEB: Pemaju projek pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) giat memantau kualiti udara sekitar kawasan berkenaan sepanjang proses pembersihan sisa perobohan.

Pengurus besar unit projek khas Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI berkata ia bagi memastikan persekitaran pada tahap baik, khususnya menjelang pembukaan bazar Ramadan.

Datuk Ir Ruslan Abdul Aziz menjelaskan pemaju, iaitu Lembaran Prospek Sdn Bhd perlu mengikut garis panduan pematuhan pemantauan Jabatan Alam Sekitar sejak perobohan dimulakan 1 Julai 2024.

"Pemantauan untuk mengelakkan habuk dan debu daripada sisa perobohan memberi kesan kepada penyediaan makanan di bazar Ramadan," katanya.

[caption id="attachment_687409" align="aligncenter" width="998"] Pengurus Besar Unit Projek Khas Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Datuk Ir Ruslan Abdul Aziz menunjukkan alat pemantauan udara alam sekitar ketika tinjauan tapak projek pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam di Seksyen 13 Shah Alam pada 13 Februari 2025. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Ditemui selepas meninjau tapak projek KSSA bersama MRCB Land Sdn Bhd di sini, baru-baru ini, beliau menambah kaedah penyemburan air dibuat secara kerap untuk mengurangkan penyebaran habuk.

"Sekiranya bacaan kualiti udara meningkat, pekerja akan kerapkan penyemburan air untuk melembabkan jalan. 'Water bowser' (lori tangki air) juga akan ditambah.

"Ia sekali gus dapat mengurangkan penyebaran habuk, serta memastikan debu daripada kerja pembersihan terkawal," katanya.

Perobohan stadium menggunakan kaedah lazim atau konvensional tanpa bahan letupan bagi mengelak gangguan bunyi, habuk dan air terhadap penduduk.

KSSA yang meliputi gelanggang baharu Selangor FC serta kawasan rekreasi bagi orang awam dibina dengan kapasiti 30,000 hingga 40,000 tempat duduk untuk menampung penonton dalam satu-satu masa.

[caption id="attachment_687410" align="aligncenter" width="1145"] Pekerja menyembur air untuk mengurangkan debu di tapak projek pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam di Seksyen 13 Shah Alam pada 13 Februari 2025. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_687411" align="aligncenter" width="1083"] Pengurus Besar Unit Projek Khas Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Datuk Ir Ruslan Abdul Aziz memberi penerangan mengenai alat pemantauan udara alam sekitar ketika tinjauan tapak projek pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam di Seksyen 13 Shah Alam pada 13 Februari 2025. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619