AGENDA

Syarikat tipu umrah: 141 laporan libat kerugian lebih RM3 juta

16 Feb 2025, 1:18 PM
Syarikat tipu umrah: 141 laporan libat kerugian lebih RM3 juta

KUALA LUMPUR, 16 FEB: Polis menerima 141 laporan kes penipuan umrah membabitkan sebuah syarikat pengendali yang melibatkan kerugian lebih RM3 juta setakat 7 Feb lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata syarikat berkenaan berdaftar dan memperoleh lesen daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) untuk menjalankan aktiviti umrah bermula 2023 hingga Mac 2027.

“Sebahagian laporan polis turut dirujuk kepada Motac sebagai agensi penguat kuasa yang bertanggungjawab melaksanakan tindakan di bawah Akta Industri Pelancongan 1992. Siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan tetap diteruskan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kenyataan seorang aktivis yang mendesak supaya siasatan dilaksanakan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan terhadap syarikat terbabit semalam memberi gambaran seolah-olah tiada siasatan dilakukan polis.

“Kenyataan ini adalah tidak benar, tidak bertanggungjawab dan memberikan persepsi buruk kepada PDRM. Perlu diketahui bahawa undang-undang negara ini memperuntukkan kuasa siasatan yang berbeza kepada agensi penguat kuasa yang berlainan.

“Justeru, kesalahan yang termaktub di dalam undang-undang tertentu hendaklah disiasat oleh agensi yang dipertanggungjawabkan agar tindakan yang lebih tepat serta sesuai dapat dilaksanakan,” katanya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619