AGENDA

Guna MyJPJ tukar lesen memandu percubaan kepada lesen memandu kompeten

16 Feb 2025, 3:38 AM
Guna MyJPJ tukar lesen memandu percubaan kepada lesen memandu kompeten

PUTRAJAYA, 16 FEB: Permohonan bagi menukar Lesen Memandu Percubaan (PDL) kepada Lesen Memandu Kompeten (CDL) boleh dibuat melalui aplikasi MyJPJ bermula esok.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Aedy Fadly Ramli dalam kenyataan hari ini berkata kemudahan itu dijangka memanfaatkan 2.38 juta pemegang PDL yang layak.

“Pengenalan fungsi baharu ini bertujuan memudahkan orang ramai membuat permohonan CDL secara dalam talian tanpa perlu hadir ke kaunter JPJ.

“Dengan adanya fungsi baharu ini, pemegang lesen PDL boleh membuat permohonan CDL melalui aplikasi MyJPJ pada bila-bila masa dan di mana sahaja menerusi telefon pintar mereka,” menurut kenyataan itu.

Beliau berkata pemohon perlu memuat turut atau mengemas kini aplikasi MyJPJ sebelum log masuk bagi meneruskan beberapa langkah, iaitu memilih menu ‘Permohonan CDL’ dan ‘Tempoh Pembaharuan’.

Aedy Fadly berkata pemohon perlu memilih ‘Mod Bayaran’ dan membayar fi permohonan secara dalam talian bagi membolehkan permohonan mereka diproses.

“Seterusnya anda akan menerima notifikasi status permohonan,” katanya.

Aedy Fadly berkata fungsi baharu permohonan CDL melalui aplikasi MyJPJ itu adalah mudah dan cepat, menjimatkan masa, fleksibel dan mesra pengguna.

-- BERNAMA

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619