PBT

MPKS tutup empat premis dikendalikan warga asing di Puncak Alam

14 Feb 2025, 12:15 PM
MPKS tutup empat premis dikendalikan warga asing di Puncak Alam
MPKS tutup empat premis dikendalikan warga asing di Puncak Alam

SHAH ALAM, 14 FEB: Empat premis dikendalikan warga asing di sekitar Pusat Perdagangan Alam Jaya, Puncak Alam dekat sini, diarahkan tutup susulan pelaksanaan Operasi Bersepadu Warga Asing diketuai Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) semalam.

MPKS dalam kenyataan memaklumkan operasi itu meliputi pemeriksaan terhadap dua restoran dan dua pusat cuci kereta membabitkan penglibatan 35 anggota dengan kerjasama Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Tengah Unit II (Selangor).

[caption id="attachment_686992" align="aligncenter" width="935"] Penguat kuasa menyita peralatan restoran dalam Operasi Bersepadu Warga Asing di sekitar Pusat Perdagangan Alam Jaya, Puncak Alam pada 13 Februari 2025. Foto Facebook Majlis Perbandaran Kuala Selangor[/caption]

Kenyataan itu turut memaklumkan operasi yang berlangsung empat jam bermula 10 pagi itu menyaksikan 12 kompaun dikeluarkan atas pelbagai kesalahan berkaitan lesen, iklan tidak sah, pencerobohan kaki lima, selain tindakan sitaan peralatan perdagangan turut diambil.

“Tindakan tegas ini diharap dapat meningkatkan kesedaran dan pematuhan dalam kalangan peniaga khususnya warga asing terhadap peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan.

“Operasi seumpama ini akan terus dilaksanakan bagi memastikan kesejahteraan dan keselamatan komuniti setempat,” menurut kenyataan itu.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619