AGENDA

Mangsa banjir Sabah, Sarawak terus menurun, 464 orang di lapan PPS

12 Feb 2025, 2:00 PM
Mangsa banjir Sabah, Sarawak terus menurun, 464 orang di lapan PPS

KUALA LUMPUR, 12 FEB: Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Sarawak terus menurun dengan hanya 464 mangsa masih berlindung di lapan pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri itu setakat malam ini.

Di Sabah, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan jumlah mangsa banjir terus berkurang kepada 206 orang daripada 55 keluarga setakat 8 malam, berbanding 476 orang daripada 144 keluarga petang tadi.

Seramai 33 orang daripada 10 keluarga ditempatkan di sebuah PPS di Beaufort dan 173 orang (45 keluarga) di dua PPS di daerah Kinabatangan.

Menurut kenyataan itu, keadaan banjir semakin pulih dan trend pemindahan mangsa banjir di kedua-dua daerah terbabit turut menurun.

Di Sarawak, jumlah mangsa banjir di negeri berkenaan juga berkurang kepada 262 orang malam ini dan masih berlindung di lima PPS berbanding 421 orang petang tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak memaklumkan 49 mangsa masih berada di dua PPS di Mukah manakala di bahagian Miri kekal dengan 210 orang di dua PPS dan Sibu tidak berubah dengan tiga orang di sebuah PPS.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619