AGENDA

Anwar terima panggilan telefon rakan sejawat dari Qatar, bincang situasi terkini di Gaza

12 Feb 2025, 6:06 AM
Anwar terima panggilan telefon rakan sejawat dari Qatar, bincang situasi terkini di Gaza

KUALA LUMPUR, 12 FEB: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menerima panggilan telefon daripada rakan sejawatannya dari Qatar Sheikh Mohammed Abdulrahman Al-Thani, mengenai situasi terkini di Gaza, lewat malam tadi.

Anwar dalam satu hantaran di Facebook berkata antara perkara yang dibincangkan dalam panggilan itu termasuklah mengenai situasi terkini di Gaza terkait pelanggaran syarat gencatan senjata yang sengaja dilakukan oleh rejim Zionis Israel untuk melengahkan proses perdamaian yang diusahakan pelbagai pihak termasuk kerajaan Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat.

“Saya juga menyanjung usaha gigih yang dilakukan oleh Tuan Yang Terutama Sheikh Mohammed dalam mencari jalan untuk menghentikan segera kekejaman rejim Zionis ke atas penduduk Gaza dan mencapai perdamaian yang berkekalan.

“Saya turut menegaskan komitmen berterusan Malaysia untuk tetap teguh mendukung setiap inisiatif termasuk memberi bantuan kemanusiaan di samping menamatkan penjajahan dan pendudukan Israel di bumi Gaza,” kata beliau dalam hantaran tersebut.

Semalam, pada sidang media bersama Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, yang melakukan lawatan rasmi ke Malaysia, Anwar turut menegaskan bahawa Malaysia akan terus berusaha menyokong Palestin, tetapi memberi amaran terhadap gerakan diplomatik bersifat kosmetik yang gagal menangani punca sebenar konflik.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619