AGENDA

Malaysia, Turkiye sasar perdagangan dua hala US$10 bilion dalam semikonduktor, elektrik

11 Feb 2025, 10:32 AM
Malaysia, Turkiye sasar perdagangan dua hala US$10 bilion dalam semikonduktor, elektrik

KUALA LUMPUR, 11 FEB: Malaysia dan Turkiye perlu bekerjasama dalam pelbagai sektor termasuk semikonduktor, komoditi pertanian, elektrik dan elektronik (E&E) serta makanan dan minuman (F&B) bagi mencapai sasaran perdagangan dua hala US$10 bilion (US$1 = RM4.4680), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Semalam, Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan yang dalam lawatan rasmi selama dua hari ke Malaysia berkata Turkiye menyasar untuk menggandakan perdagangannya dengan Malaysia kepada US$10 bilion selepas melepasi paras US$5 bilion pada 2024.

Sehubungan itu, meskipun mengakui sasaran itu mencabar, Anwar yakin Malaysia boleh membantu Turkiye untuk mencapainya.

“Tiada sebab mengapa ekonomi membangun atau sedang pesat membangun seperti Malaysia dan Turkiye tidak boleh meningkatkan intraperdagangan mereka.

“Sehubungan itu, kita perlu melaksanakan dalam pelbagai bidang seperti semikonduktor, komoditi pertanian, E&E dan F&B,” kata Anwar sambil menekankan mengenai kepentingan kerjasama dalam sektor pertahanan dan pertukaran teknologi.

Perdana Menteri berkata demikian dalam sidang media bersama Erdogan yang disiarkan secara langsung hari ini.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619