AGENDA

2,062 mangsa bah di Sabah, Sarawak masih berteduh di PPS

11 Feb 2025, 1:49 AM
2,062 mangsa bah di Sabah, Sarawak masih berteduh di PPS

KUALA LUMPUR, 11 FEB: Sebanyak 2,062 mangsa banjir di Sabah dan Sarawak masih berlindung di 15 pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri setakat 8 pagi ini.

Di SABAH, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan jumlah mangsa banjir meningkat sedikit kepada 1,061 orang daripada 332 keluarga pagi ini, berbanding 1,047 orang melibatkan 325 keluarga malam tadi.

Sebanyak 707 orang (234 keluarga) ditempatkan di tiga PPS di Beaufort, 252 orang (63 keluarga) di dua PPS daerah Kinabatangan, manakala 102 orang (35 keluarga) di sebuah PPS daerah Membakut.

Menurut kenyataan itu, 18 kampung terjejas banjir dengan 13 daripadanya di Membakut, Beaufort (tiga), dan Kinabatangan (dua).

Di SARAWAK, sebanyak 1,001 orang mangsa banjir masih berada di sembilan PPS di empat bahagian iaitu Bintulu, Miri, Mukah dan Sibu, meningkat berbanding 992 orang malam tadi.

Sekretariat JPBN Sarawak dalam laporan terkininya memaklumkan, peningkatan berlaku berikutan pertambahan jumlah mangsa di Bintulu daripada 274 orang kepada 281 orang di dua PPS manakala di Miri bertambah kepada 279 mangsa daripada 277 orang di tiga PPS.

Jumlah mangsa di Bahagian Mukah pula kekal pada 438 orang di tiga PPS, sementara masih terdapat tiga lagi mangsa berlindung di satu PPS di Bahagian Sibu.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619