AGENDA

Mangsa bah Sabah, Sarawak terus menurun, hanya 2,039 di PPS

10 Feb 2025, 3:22 PM
Mangsa bah Sabah, Sarawak terus menurun, hanya 2,039 di PPS

KUALA LUMPUR, 10 FEB: Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Sarawak terus menunjukkan trend penurunan, dengan 2,039 mangsa berada di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8 malam tadi berbanding 2,483 mangsa petang tadi.

Di SABAH, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan jumlah mangsa berkurangan kepada 1,047 orang daripada 325 keluarga berbanding 1,197 orang daripada 373 keluarga.

Seramai 685 orang ditempatkan di tiga PPS yang beroperasi di Beaufort, 260 orang di dua PPS daerah Kinabatangan, manakala 102 orang di sebuah PPS daerah Membakut.

Kenyataan itu menyebut 18 kampung terjejas melibatkan 13 di Membakut, tiga di Beaufort dan dua di Kinabatangan.

Di SARAWAK, jumlah mangsa menurun kepada 992 yang ditempatkan di sembilan PPS berbanding 1,286 orang.

Sekretariat Pengurusan Bencana Sarawak memaklumkan Mukah mencatatkan jumlah mangsa teramai dengan 438 orang diikuti Miri (277), Bintulu (274) dan Sibu (tiga).

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619